Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 secara one-off, tawaran diskaun dan percuma bagi beberapa tol di lebuh raya sememangnya memberi kelegaan buat rakyat Malaysia ketika menyambut lebaran kali ini.<br /><br />Namun, di sebalik kesenangan yang boleh dimanfaatkan itu, rakyat Malaysia mungkin terpaksa menanggung kenaikan harga barangan dan pertambahan hutang jika perbelanjaan Aidilfitri melebihi kemampuan.<br /><br />Penganalisis Ekonomi Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff menjangkakan, dengan sambutan Aidilfitri yang berlangsung pada awal bulan, umat Islam mungkin perlu lebih bijak urus kewangan.